Tuesday, August 16, 2011

Selamat Berpuasa..

Dah lama tak bukak blog sendirik..slalu asyik baca blog org jek..hehe

Sempena bulan Ramadhan ni..dah 16 Ramadhan pun..hehe..tak pe tak terlambat lagi pun..ai mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca blog ai yang tak seberapa ni..lagi setengah bulan akan tibanya hari raya Aidilfitri..preparation untuk Aidilfitri sederhana jek..skrg ni mcm xde mood nk shopping..xtau la nape..beli utk irin jek..lagipun prep utk irin byk dah beli masa gi Bandung aritu..sbb tu la agaknya mood shopping kurenggg..

Update pasal irin sufi..dia skrg dah pandai jalan..laju pulak tu,pandai say goodbye siap flying kiss,pandai salam siap cium tangan,pandai kiss mummy n baby2 yang dia jumpa..pandai berkawan..pandai main sorang2..pandai naik basikal n push car dia..siap tolak2 ngn kaki..cakap bahasa alien..pandai bsembang dgn mummy..pandai merajuk kalo x bagi ape dia nk..pandai main slide kt playground..huh risau mummy..berani betul..

Tu jela sementara tunggu berbuka ni...Sekian.bye

p/s:dress poplook cantik2..dlm xde mood shopping tu pn boleh teringt2 dress tu..omg..

Monday, June 27, 2011

Tips Mendidik Anak Cara Rasulullah s.a.w.

Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.
Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik

2. Kaedah Bercerita.
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.
3. Kaedah Soal jawab.
Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
4. Kaedah merujuk pengalaman lalu.
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.
5. Kaedah nasihat dan teguran.
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6. Kaedah bermain dan bergurau.
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
7. Kaedah latihan yang berterusan.
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

p/s : Should get ready from now..risaunya dgn anak dara sorang tu..

Big congrates to sepah..

hahaha hepi gile mlm jumaat aritu..yelah..tiap2 jumaat mlm sabtu mmg xleh gi mana..kena dok umah n ngadap tv astro warna..mmg peminat setia maharaja lawak..haha..ari2 mlm pkl 10 mmg bukak channel warna..demam maharaja lawak la..tp pasni x best dhla..dah abis dah..ape yg nk tunggu lg pas kepenatan blk keje ari jumaat..jawabnya dok relax2 je la kt umah..hehe..tahniah la sgt2 pada sepah,jozan,nabil n jambu sbb dpt menang wang besar2..hehe..tp yg plg masyuk tetapla abg bil kita tu..pape pn aku bharap,taun dpn adala lg cite mcm ni..x thn perut aku gelak..hahaha..sekian

Waiting our 2nd anniversary

Wow..alhamdulillah..esok our 2nd anniversary (28/6/2011)..mcm x pecaya..mcm mimpi..dulu aku slalu tbayang mcm mana la kalau aku kawin nti..boleh ke manage rumahtangge..hehe aku ni ada mood,kdg2 rajin tlebih kdg2 M tlebih..mcm mana nti ada bby xleh tdo mlm kene bgn awal..aahhh x leh pikir masa tu..tgk2 tu dia..dah anak sorang..mcm x pecaya..tp aku boleh je tdo lg..cuma kdg2 je mata lebam cam panda kalo anak meragam mlm2..tu pn kadang2..aku bsyukur sgt pada Allah kerana bg aku merasa segala kebahagiaan ni..segala apa yg penah tjadi mmg byk hikmah yg aku dapat..Alhamdulillah..to my beloved hubby..i want to to know that no one can replace u in my heart..i pray that u'll be by my side till the end of my life...


HAPPY ANNIVERSARY MY LOVE......

I LOVE U SO MUCH..

Wednesday, June 15, 2011

Bercuti di Bandung - Day 7



Akhirnya.....tiba gak masa utk balik ke negara tercinta..sedih pn ada sbb byk lg tempat yg x gi..happy sbb rindu nasi campur,teh tarik,roti canai etc...

Amik gambar dulu dalam bilik..guna timerla..xde pn gamba kitorg bertiga kn..ehhehehe


Dia pn happy jugak..dah siap mandi..dah gebu pn..main dgn belon tutti frutti yg dpt semalam kt ciwalk..hehe

Kitorang bertolak dari hotel pagi2 lagi pkl 8.30am..flight pkl 12.00pm..baik gi awal takutla kalo ada pape prob ke kn..

Pas sampai kt airport,checked in bag dulu..hmm..kt sini kitorg dah excess baggage 9 kg..masa ni pening nk cari duit sbb 1kg=RM50..mak ai..camne ni..dahla time ni pkl 10 lbh..duit cash mmg dah xde la..tgl airport tax je..huhu..last2 kitorg kurangkn dlm bag sampai 30kg je..lebihan tu hand carry..punya la byk brg kitorg kene bawak..dahla waiting room dia kena naik turun tangga..tgh stroller lg,frame lg,bag lg..time ni mmg tension pn ada..tips di sini..sebelum beli tiket,tny betul2 airfare tu including luggage/tak..kitorg dah beli 30kg tp rupanya mmg promo tu tak termasuk luggage..nk buat camni..1st timer..pastu airport tax kt Bandung sorang Rp75,000.pastu adalah lebih duit tu aku beli fridge magnet kt airport..mahal gile masa tu nyesal x beli awal2..nasibla..


time ni tunggu kt waiting room..flight delayed 1 hour sampai pkl 1pm..

Selamat tgl Bandung..jumpa lagi next time yg x tau bila...hehe

Pemandangan bandar Bandung dari atas..mcm dlm google map..kagum2..

Kitorang selamat sampai di Malaysia jam 3pm waktu Mesia..2 jam je..Had very good time at Bandung and hope to be there next time..nk gi tempat yg x sempat gi..peace yaa..

Bercuti di Bandung - Day 6

Hari ke 6 (2/5/2011) dimulakan dengan perjalanan naik angkutan kota menuju ke Pasar Baru untuk sambung menyopping..ni kira nk belila apa2 yg x sempat beli ..esokdah nk pulang dah..haha

Bila naik angkutan ni..tetiba ada budak dlm umur 7 taun naik n duduk kt pintu..sambil bawak gitar kecik..aku xtau apa nama benda tu..pastu budak tu nyanyi2..kesian je tgk..ramai je budak2 camtu kt Bandung ni..diorang x mampu gi sekolah..jadi kene cari duit utk mkn..pandailak tu nyanyi..kitorang kesian bg la skt tips kt dia..


Irin sufi n dd terpegun tgk budak tu nyanyi..

Kalini kat Pasar baru aku beli barang2 yg xsempat nk beli mcm baju kebaya,kain baju kurung,handbeg,tshirt,brooch mcm2 lg..tu pn ada lg yg x beli..waduuhhh..rambang mata n x ckp ongkosnya...kalo boleh nk bawak blk 1 kontena..hehehe

Balik je dr Pasar Baru,kitorang rest jap kt hotel pastu sambung gi Ciwalk lg..sbb janji mlm ni nk amik frame gambar kt Papyrus pkl 8 mlm...kitorang gi awal skt..konon2 nk gi salon ke,spa ke n last minute shopping..

Mr Pex sempat buat treatment rambut dia..hmm nmpk cm best sgt sbb cara dia urut..pergh..

Sementara ni ai gi jalan2 beli baju ke jaket ke yg x sempat lg nk beli..pas mr pex habis buat treatment rambut,aku pulak took turn..gi spa..amik sejam je dlm Rp50,000..dalam RM15..murah kn..sedap gile ok...hahah..Mr Pex jeles sampai skrg nyesal x gi spa..hihihihi

Setel je sume keje kitorg pn blk..dahla hujan lebat..taxi pulak xde..aku tgu je dpn ciwalk tu sementara hubby gi cari taxi..kesian dia..basah kene hujan..masa aku tunggu mr pex tu,ada rombongan cikgu2 cari Padang..minat betul ngn irin sufi n diorang kesian kitorg tunggu berdua lama..ada sorang tourist guide tu siap tolong carikn mr pex tp x jumpa gak..lama gk tetiba ada 1 taxi bluebird ni turunkn sorang penumpang..rupanya mr pex dtg..hahaha..lega aku...


Dobi yang paling mhl aku pnh hantar..nk dkt RM50..padahal skt je..abis lari budget kitorg..tpaksa mkn megi mlm tu..huhu

Malam tu adalah sesi kemas mengemas..punyalah sepah blk tu mcm tongkang pecah...sebelum kemas sesi tdo kn irin sufi dlu..pas dah tdo,barula boleh buat keje..hehe

Monday, June 13, 2011

Bercuti di Bandung - Day 5

Kejap je dah hari ke 5 ok..dok x dok rindu kan mesia..betul la org kata hujan emas di negeri org,hujan batu di negeri sendiri..baik lg negeri sendiri..ni baru 1 tempat aku gi..kalo gi tempat yg susah mkn,mandi suma tu..lagila meroyan rindu mesia..hehe

Hari ni pagi2 lg dah kua..janji ngn pak ahmad tu pkl 8 pg..tp kitorg xde plan nak g mana sgt pn..pusing2 Bandung je..nk g tempat yg x sempat nk g lg tu..okla pagi ni Pak Ahmad tu kata baik gi Cibaduyut dulu..kt situ tempat barang2 kulit mcm kasut,beg,tali pinggang etc..lagipun situ jauh skt..adalah dlm 40 minit kot dr bandar termasuk jam..

ee gerammnya bila dia buat muka camni..rasa nk blk skang jugak nk cium n gomol2 dia..hehe

Jalan nk g ke Cibaduyut ni jammed gilos..kt sini jalannya kecik pastu ada mcm pasar pagi yg jual mcm2 sepanjang jalan..sbb tula jammed teramat..
Aku ada ternampak benda yg pelik la kt sini..hehe try tgk gamba bawah ni,tempat permainan kanak2 ni lain mcm sikit..org tu akan kayuh mcm basikal, so that , pemainan tu akak bgerak2..hehe..kreatif jugak la..


Setelah kitorg berhairan2 sepanjang jalan..sampai gk kt Cibaduyut..pak ahmad ni benti kn kt 1 tempat ni..aku n mr pex dok sini punya la lama..1 kedai lak tu..padahal bderet2 lg kedai sepanjang jalan tu..dhla perut lapar gile ni..skali kitorg beli kasut..hambek kau..mr pex 4 pasang,haku 3 pasang..1 kasut,2 sandal..sandal tu satu nk bg kt my mum..hehhehe..xtaula dia suka ke x..

Baby ni kene dukung ngn dd dia sbb mummy x larat dukung hokey..lenguh..

Lama jugak kitorang duduk dlm kedai tu..haha..x nk bjalan kedai lain takut abis rupiah2 yg ada..hehehe..Time ni perut dah lapa sgt..si pak ahmad tu asyik promote2 ajak gi kampung dia kt GERUT..dia kata kt sana tempat pembuatan barang2 kulit yg jual kt cibaduyut ni..lg murahla..adala dkt 2 jam..kitorg decided not to go sbb nk enjoy jalan2 kt bandung jela..x larat pulak plus ada budak kecik ni..kesian kt dia..letih..pastu kitorg ckp kt pak ahmad ni nk g mknla..lapa bangat..jadinya dia bawak gi mkn kt Rumah Makan Sederhana..nasi padang..hmm..sedap gk..tgkla ni..habis berpiring2 lauk..hehehe


Lepas tu kitorg ajak supir ni gi kt Rumah Mode..tempat ni jual pakaian men,women n children..brg2 branded mcm zara,esprit,ck,guess etc..mmg best tp ramaila org kt sini..ahad la katakan..suma org cuti..rimas pulak aku..rasa nk kua cepat je dr situ..tp aku dapatla capai gown zara tuk irin sufi..dia jugak yg dapat..mummy x beli pape pn dr situ..dd dapat jugak..ck black shirt..hehe..x mhl ok..

Tempat pose biasa kepada sape2 yg gi Bandung..hehe
 Pilih punya pilih tp x beli2 jugak..blk kl nyesal x beli..hehe

Lepas gi Rumah Mode,kitorg gi Bali Heaven..tempat ni baru lg bukak..outlet ni byk baju budak2..seperti biasa baju irin jugakla yg paling byk..bekalan utk hari raya la konon..hahaha..dd dia pn dapat gk baju dr sini..mummy..nop...huhu

Kt depan Bali Heaven..concept Bali..decor,staffs,sumala..lama jugak kt sini..sampai irin sufi boring n merengek2..penatnya..dia nk tdo..

Tp kitorang x terus balik..pasni gi outlet baju baby lagi..haaaahh irin sufi lagik..nama outlet ni Macadamia..mmg baju2 baby-todller..cantik2..haduh..boleh habis suma duit rupiah kt sini..kalo ikutkn hati...sementara aku memilih2, irin sufi dok main kt playhouse..ada pulak budak2 main kt situ lagila dia suka..irin sufi ni mmg peramah n suka berkawan..kalo org x tegur dulu,dia yg gi tegur main dlu..serupa dd dia..hehe..kt sini sejuk dia senyap la skit..kurangla merengek2 dia tu..

"Dedek..dedek..",kata budak baju kuning tu kt irin sufi..
Dedek tu maksudnya adik kecik..hehe cumil je..

sampai petang kitorang dok merayap outlet2..rupiahs pn dah semakin nipisan..ehhe..irin sufi pn exhausted..kami pn blk hotel pkl 5. Janji ngn pak ahmad pkl 6..last2 nk dekat pkl 630 baru kitorang turun..penat tertido..bg irin sufi charge bateri dlu..

Memula ingt nk g mkn kt Kampung Daun..pastu supir ni kata dah agak lewat..hari pn hujan..takut x sempat sampai dah tutup..dia pn bawak gi Restoren Dapur Sangkuriang..ramai org mesia makan kt sini..agak famous..kitorg order daging masak ape tah..pedas kot,cumi goreng tepung ngn kailan ikan masin kot..mmg lapa time ni..hujan pulak tu..


Irin sufi dah start bukak kasut..dia dah mulakan keje dia...
Nampak x ada kotak biru kt tepi aku tu..tu air honeyla kononnya..sampai2 je kitorg kt situ,ada 2 org budak pmpuan ni dtg promote honey..dia kata 1 kotak ada 6 botol=Rp50,000..aku pn kesian ni gi la beli..blk2 tu aku singgah SuperIndo(minimarket) tgk2 sebotol rp3,500 je..huuu.rugi je..kesian punya pasal..aku kene skali.toinggg3x..

Nak makan sendiri..kite dah besar la mummy..at last..dah 2 jam tgk sayur tu still inside her mouth..dia x telan rupanya..hehe

Pastu kacau dd..nk minum air kelapa pulak..

Dh kenyang,mr pex mintk supir jalan2 pusing Bandung..nk tgk Bandung atas..Bandung atas tu kawasan org2 kaya kt Bandung tu..rumah gede..hehe maksudnya rumah besar gile..pastu kitorang lalu sepanjang Jalan Dago sampai ke hujung..tetiba supir tu uturn blk..mr pex tny nape x terus je..dia kata tu jalan sunyi..tempat perang dulu2..ada kubu..pastu agak mistik..mak lampir pn ada..tu yg pak ahmad tu pn goyang nk lalu situ..hihihii..jadinya blk la semula hotel utk sambung pelayaran....good nite..



Friday, June 10, 2011

Bercuti di Bandung - Day 4

Hari ke-4 yang ceria..hehehe hari ni 30 april 2011 hari sabtu..kitorg plan hari ni nk gi Toko 3..pastu petang pkl 4 dah ada appointment studio photoshoot kt Ciwalk..pagi tak pagi la kitorg keluar dalam pkl 10 pagi..Tunggu je kt depan hotel ni..tp agak lama gak la tunggi taxi bluebird xdtg2..adalah nk dekat setengah jam tunggu barula dapat..tu pn bukan bluebird..kesian hubby tunggu tgh panas..



At last dapat gak..nama supir tu Pak Ahmad..dia banyak cite tempat2 menarik kt Bandung..dia offer utk sewa taxi sehari Rp400,000..bawakla gi memana pn..kitorg setuju dia dtg esok je..

Time ni ada la student buat demonstrasi..xpasti apa yg diorg demonstrasi kan..hehe..kene baca newspaper dulu baru leh tau..masalahnya kt sini kitorang mcm terputus hubungan dgn dunia..disebabkn xde internet kt hotel..huhu

Gambar kt Toko 3 tak de pulak..lupa amik la ni..yela sebok dok pilih2 n try jeans..kt sini tkenal ngn jeans levis ori..murahla skt dr mesia tp tak byk pilihan..tp x semua murah..harga jeans for men sama jek..sempat amik gamba irin sufi je ni sementara tunggu dd dia try sluar..hehe

Jap je gi Toko 3 sebab panas n jalan tu xsesuai utk baby..jadi kitorang pn blk hotel semula nk tukar baju..pkl 4 nk gi photoshoot..blk mandi semua pastu gi ke Ciwalk lg..hehehe


Yeay dah sampai..ramai org time ni tgh tunggu photoshoot..kedai ni baru launched sbb tu ramai yg dtg..gambar dia mmg marvelous..we loiiikkeee..Nama kedai ni Papyrus Photo..diorang ni mmg dah pro and famous kt sana..slalu amik gambar for wedding,convo,family,studio etc..so,lets try..

Kitorang amik 2 paket:

1. Paket Balita (Rp 150,000 ada diskaun 25%)
- gambar baby(soft copy=15,printed=6) + frame panjang

2. Paket Ceria(Rp75,000 diskaun 25%)
-Gambar couple + 1 person(soft copy=4,printed=4)

Total=Rp178,750...lebih kurang RM50 la..haaaa murah kn..suka suka..


Tgh menunggu photografer tu set up props..hehe..ish x sabar time ni nk tgk hasilnya..

\
time ni baru lepas abis photoshoot session..kt sini kite kene pilih gamba mana yg nk print,nk letak dlm frame,nk simpan..canggih woo..suma tu guna LAN..kt mesia aku x penah jumpa lg kedai camtu..maybe ada tp aku yg xtau..hehe

Nila hasilnya..antara gambar2 yg aku suka sangat..rasa nk g lg sana amik gamba lg..hehe

yg ni dia letak dlm frame putih 4'..mmg puas hati sgtt...

Lama gak kitorg dok kt Papyrus ni..pastu jalan2 shopped sikit2 pastu gi makan kt Bakso Malang..sedap gk la..yum yum..


Pastu kitorg blk hotel sbb dah penat sgt..tgkla dak Irin ni..flat terus..heheheh Good nite esok nk kene bgn awal sbb pak supir nk dtg pkl 8am..

Bercuti di Bandung - Day 3

Hari ke 3 ni..pg2 kitorg gi lg DSE..haha..hari2 gi..padahal byk hari lg kt sini ni..tp singgah sini sbb tghari ni dah nk check out dari hotel utari..nk pindah hotel dago pulak..sementara nk tunggu check in pkl 12,kitorg gi shopping dulula..aku dok teringat baby tight tu..

tgkla betapa happynya dia dpt bebas..

Lepas dah check out dari hotel utari,mr pex cari kan taxi utk gi kt hotel royal dago 2..adalah setengah jam jugak baru dapat..lepas check in tu ramai pulak yg datang..mmg hotel ni favourite especially dari Jakarta sbb murah dan selesa..

Sebelum apa2,soh model ni posing dlu atas katil..haha

Model ni jgn tgk lama2..model overweight..haha

Ni kt dpn hotel royal dago 2..nk sambung gi berderak..haha

Time ni perut lapa giler..ni nk gi cari makan la ni..ada pulak org tu soh jalan kaki nk gi Ciwalk..aduh..jalan punya jalan tgk2 tak sampai2 pastu siap dah tak jumpa lorong pejalan kaki..dahla jam time ni pkl 3..at last,patah blk la..nasibla jumpa 1 restoren ni..nama apetah..ni la tempat dia..




Pas makan kitorang pun naikla taxi gi ke ciwalk..Ciwak ni shopping complex besar kt jalan cihampelas..jalan ni famous dgn jeans,baju2 etc..ciwalk ni besar..ada jual mcm2 barang branded..sampai2 je aku tjumpa kedai kasut...singgah jap sbb ada buy 1 free 1..hehe




Cihampelas Walk ni mcm the curve kt kl..ni kt dataran ciwalk tu..



Kitorang pun cont window shopping jela..ni hari jumaat jadinya mmg ramai sangat org especially muda2 sbb bandung ni banyak uni..student2 ramaila..kt sini ada sales lg..mmg murahla branded stuffs..gile oo..hahah

Jalan-jalan lg sampai kitorang terjumpa ada promotion amik gambar studio..sebenarnya dah lama survey nk amik gamba irin sufi tp kt mesia ni agak mhl..kebetulan ada promo lak tu..mr pex pn cakap,bolehla..kita amik pakej balita n ceria..nk tau pakej tu..kene tgu sambungan Bercuti di Bandung Day 4..hehehe..pas discussed ngn kedai tu, kitorang boleh shoot on saturday pkl 4 petang..ok..siap..esok kita datang lg sini..


kepenatan gk time ni sbb banyak sgt berjalan..singgah minum jap kt J.Co..nk bg dak kecik ni bebas berdiri..sejak sampai sini,dia x dapat bebas buat aktiviti rutin dia panjat memanjat..dlm masa yg sama dia nk pu pu..hehehe..ok bg la can..



Time ni dah mlm kitorang jalan2 ada show..romantik gk la jap..irin sufi pn tdo dalam stroller dia...now time to rest..tomorrow will continue shop..shop till drop..hahaha


Thursday, June 9, 2011

Short visit to kilang roti high 5

Aku ahlil kelab PUSPANITA hokey sekarang..bangga woo..dlu aku numpang je konon ahli padahal aku tak register pn..haha teruk betul..sblm ni dapat gi kt dapur Masak-masak MAGGI tu..agak best gk sbb kitorg kene masak kt sana..yg trip harini agak kureng (31 mei 2011)..hehe..gi kilang tu dlm tu agak panas sbb dekat ngn oven..dapat tgk2 gitu je..tak leh amik gamba pulak tu..

memula dia cite la sejarah roti dr mana..dr mesir purba rupanya...pastu bawak gi tour keliling kilang..tp skywalk je..tgk dr jauh..dr mesin pengadun sampaila packaging..pas dah tgk suma kitorg dibawak kt tempat beli souviver utk di bawak blk..roti2 la jawabnya..pastu dptla aku snapped 1 gamba je spjg kt sana..gamba dgn roti besar..haha...sekian

(sorry kualiti gamba agak kurang memuaskan..kamera hp jek..hahaha)

Bercuti di Bandung Day 2

Hari ni memula tak de plan nk g mana..pas breakfast kt hotel, mr pex ada borak dengan  satu couple dari mesia yang bilik dekat dengan bilik kitorang..tanya-tanya mana dah diorang gi..sbb diorang dah nak balik esoknya..diorang suggest gi pasar baru..tapi elok gi pagi2 sebab kalo dah tengahari sesak sikit kt sana..

"Tengok dd ni, kite dah siap dd tido lagi..", kata irin sufi..


Pagi ni kitorang singgah DSE jap nak beli baju2 untuk dipakai..almaklumlah..tak de baju ni..hehehe..

Amik gamba di foodcourt pasar baru..kelaparan time ni..


Ni menu nasi liweng kot nama dia..haha aku mmg lupa nama..ni makanan sunda yang ala2 ayam penyetla kt sini..jus kt sebelah tu sedap ok..nama dia jus alpukat aka avocado..start minum kt sini la yang aku jadi ketagih pulak..haha..tp siyes sedap rasa cm eskrem..hehehe

Kt pasar baru kitorang tak beli ape sgt..aku ada beli tudung..yang mcm tudung bawal tp mmg heavy beading dia..murah harga dalam RM10..aku belila 10..hehe..pastu beli brooch gantung2..beli kain cotton viscose..pasal kain aku tak nak cite sbb tension tersalah beli..hhhuhu..

Irin Sufi pun dapat kawan baru..nama dia barney..

Pas penat gi pasar baru kitorang pun balik hotel..relax2 bagi irin sufi tido dulu..kesian kt dia..panas dan penat...

Pas dah hilang penat,kitorang pun sambung perjalanan..kali ni jalan kaki je sepanjang jalan Dago..yela..misi kitorang kali ni mencari hotel royal dago 2 yang dikatakan murah sikitla..kan duduk lama kt sini..sepanjang Jalan Dago ni berderet2 factory outlet ok..memang best..penat woo jalan..

Mr Pex n Irin Sufi


Ni kt Shoes Gallery..3 tingkat suma kasut je..memang cantik2 cuma kadang2 ada brand yang kita tak penah dengar...


Pas penat jalan gi singgah minum jap kedai stroberi..yang gelas besar skt tu,stroberi laici..sedapp..yang mr pex punya stobri saje..agak kurang sikit rasa dia..irin sufi mkn bakso tauhu..suka sangat dia..

Kesian kat dia..letih sangat berjalan dengan mummy n dd dia..sampai tertido..tp aku bersyukur sangat bawak stroller..kalo tak,tak xtau la camne..boleh gk baby ai ni tido..

Kt sini jugak ada hospital..unit gawat darurat= unit kecemasan...

Circle K tu macam 7-eleven kt mesia..

Kat sini kedai suma tutup pukul 9..waktu mesia pkl 8 la..awal kn...

Jalan-punya jalan, akhirnya jumpa gak Hotel Royal Dago 2..jauh di hujung jalan..kaki pun sakit-sakit dah..ingatkan nak book terus..tapi rupanya hotel ni kena walk in..receptionist tu kata datang esok pukul 12..tp kena cepat sebab hotel ni selalu full house..rate dia 1 malam Rp200 000 without breakfast..okla..jomla balik hotel..esok kita datang bawak beg suma..

Balik tu kitorang naik angkutan sebab dah penat berjalan..murah je pn..Rp5000 je 3 org..hehe


To be continue...